Pendidikan
PENDIDIKAN
Tuan Guru Abdul Hadi Awang diberi pendidikan awal daripada ayahnya sendiri pada tahun 1955. Kemudian, beliau mula mendapat pendidikan secara formal di Sekolah Kebangsaan Rusila, tidak berapa jauh dari rumahnya. Beliau kemudian menyambung pendidikan peringkat menengah di Sekolah Agama Marang.
Dari tahun 1965 hingga 1968, beliau mendapat peluang melanjutkan pengajian peringkat Sanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Di samping itu, beliau belajar agama, bahasa Arab serta politik daripada ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad bin Abdul Rahman.
Di samping itu, beliau belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah beliau sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad.
Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah, di bawah pembiayaan Kerajaan Arab Saudi dengan sokongan daripada Naib Presiden Universiti Islam Madinah ketika itu, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz.
Setelah kira-kira empat tahun berada di Semenanjung Arab (1969-1973), beliau berjaya mendapat ijazah pertamanya dalam bidang Syariah Islam. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir, dalam jurusan Siyasah Syar’iyyah (Sains Politik) dari tahun 1974-1976.
Tidak berapa lama selepas menamatkan pelajarannya dan kembali ke tanah air, pada tahun 1976, bapanya yang dikasihi telah pulang ke rahmatullah.
Masjid Rusila, Marang
Selain Maahad Darul Anwar, Kelantan; Kolej Islam Darul Ulum, Kedah dan Markaz Tarbiah PAS Taman Melewar, Gombak (kini Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad); Masjid Rusila, Terengganu juga merupakan antara ikon yang sering diikat-rapatkan sebagai mercu tanda pendidikan PAS.
Masjid Rusila yang mempunyai empat tingkat ini terletak bersebelahan dengan rumah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Di Masjid Rusila juga terletaknya Maahad Darul Quran. Antara kuliyyah yang diberikan oleh Tuan Guru Haji Hadi ialah Kuliyyah Tafsir, Hadith (Riyadus Solihin), Sirah Nabawi (Fiqh Harakah dari Sirah Nabawiyah) dan Akidah. Perkarangan masjid juga dijadikan sebagai pusat kegiatan ekonomi terutamanya pada hari Jumaat.