Anugerah & Pengiktirafan

Darjah Kebesaran Diraja



Pada 20 Julai 2001, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (S.S.M.T) yang membawa gelaran "Dato' Seri" di Istana Maziah, Terengganu oleh Paduka Seri Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu, sempena Hari Keputeraan ke-39 Sultan Terengganu Darul Iman.

Anugerah Ketokohan

1.


Pada 1 September 2019, beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Terengganu bagi tahun 1441H yang disampaikan oleh DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu.



2.


Pada 15 Jun 2019, beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Perpaduan Ummah oleh Dewan Muslimat PAS Malaysia dalam Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ke-59 di Kuantan, Pahang.

3.


Pada 13 April 2019, beliau dianugerahkan dengan Anugerah Tokoh Mursyid Ummah sempena Himpunan Pendidik Islam Malaysia 6.0 yang dianjurkan oleh Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan di Stadium Negeri Terengganu.

4.


Pada 16 Mei 2015, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dianugerahkan dengan Anugerah "Tokoh Murabbi Ummah" sempena Himpunan Pendidik Islam Malaysia 3.0 yang dianjurkan oleh Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan di Kompleks PAS Negeri Kedah.


5.


Pada 26 September 2014, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dipilih sebagai Ikon Tani Terengganu 2014 dalam Karnival Petani, Penternak dan Nelayan Terengganu 2014 di Dataran Itqanul Muluk , Kuala Berang, Terengganu anjuran PAS Terengganu.

6.


Pada 15 April 2011, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dianugerahkan dengan anugerah "Tokoh Alim Rabbani" oleh Universiti Islam Yala di Pattani, Thailand sempena Multaqa Muslimat Universiti Islam Yala. Beliau merupakan tokoh luar Thailand yang pertama menerima anugerah tersebut. Beliau turut dipakaikan sebuah mislah (jubah khas) pada acara tersebut.


Pengiktirafan melalui penulisan buku dan kajian ilmiah


  1. The Royal Islamic Strategic Studies Centre, The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims, Jordan, 2020
  2. Latifah Abdul Majid, Jaffary Awang, Haziyah Hussin, Muhammad Adib Shamsudin, Mazlan Ibrahim, Najah Nadiah Amran, Mohd Nasir Abdul Majid, Sabri Mohamad, Zuliza Kusrin, Wan Siti Norjannah W Sulong. Politik Islam di Malaysia: Strategi dan Pendekatan Fiqh Siyasi Abdul Hadi Awang. Prosiding Simposium Antarabangsa Falsafah Islam Falsafah Islam dan Kesejahteraan Tamadun.  ms 102-112, 2019
  3. The Royal Islamic Strategic Studies Centre, The 10th Anniversary Edition, The World’s 500 Most Influential Muslims, Jordan, 2019
  4. Sahlawati Abu Bakar. Metodologi Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Kitab Al-Tibyan dalam Mentafsirkan al-Quran (Surah Al-Saf). Persidangan Antarabangsa isu-isu semasa al-Quran dan al-Sunnah (THIQAH 2018), ILIM Bangi, 2018
  5. The Royal Islamic Strategic Studies Centre, The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims, Jordan, 2018
  6. Haziyah Hussin. Sumbangan Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam Peradaban Tafsir di Malaysia. Persidangan Antarabangsa Islam Dan Tokoh, 2017.
  7. The Royal Islamic Strategic Studies Centre, The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims, Jordan, 2017
  8. The Royal Islamic Strategic Studies Centre, The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims, Jordan, 2016
  9. Wan Abdul Halim Bin Md Yusoff, Latifah Abdul Majid, Wan Nasyruddin Bin Wan Abdullah. Pemikiran Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Berinteraksi dengan Dalil Siasah dan Aplikasinya dalam Realiti Politik di Malaysia. Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam 2016. UKM Bangi, 2016
  10. Mohamed Jusoh, Prinsip Haji Hadi, BYG Publishers & Distribuors. 2016
  11. Muhammad Akmal Mukhtar & Haziyah Hussin. Elemen Haraki Di Dalam Tafsir Surah Al-Kahf oleh Abdul Hadi Awang. Kolokium Antarabangsa Jejak Warisan Ilmu Islam (Jewaris 2015) Malaysia-Brunei, 2015
  12. Nurul Adiya binti Mohd Nazlan. Metodologi Abdul Hadi Awang Dalam Mentafsirkan  Ayat-ayat  Hukum, Tumpuan Kepada Surah al-Baqarah. Latihan Ilmiah, UKM, 2011
  13. Riduan Mohamad Nor, Abdul Hadi Awang : Murabbi, Ideolouge, Pemimpin. Jundi Resources, 2011
  14. Arbaatusyima Arshad dan Abd Hafiz Abdullah. Pendekatan Tafsir Al-Quran oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Surah Al-Hasyr. Tesis Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, 2007
  15. Mohamed Jusoh. Cinta Haji Hadi. WJ Pub. Consultant. 2006
  16. Zoriati Osman. Retorik Pujukan : Kajian Kes Ceramah Haji Hadi Awang. Tesis Sarjana, Universiti Malaya, 2005
  17. Mohd Nasir Awang, Terengganu Lepasi Pantang - Kuasa Yang Menjerat?, Rangkaian Minda Publishing, Julai 2001
  18. Mohd Nasir Awang, Masa Untuk Tok Guru Buktikan - PAS Mampu Pimpin Malaysia. Penerbitan Pemuda, 2000
  19. Abd Ghani Husain. Metodologi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Tafsir al-Qur'an. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya, 1997
  20. Jamhuri Badiuzzaman, Haji Abdul Hadi Awang : Hamba Allah Pemimpin Ummah, Pustaka Bunda, 1984.